Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menafikan dakwaan audio tular mengenai kematian anggota polis selepas menerima suntikan vaksin di Sandakan.<br />Laporan polis sudah dibuat berhubung penyebaran audio berkenaan dan pihaknya kini sedang memburu individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.